Tuesday 26 July 2011

Kanak-Kanak Istimewa

Rawatan Asperger Kanak-Kanak Istimewa
Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan, tidak pandai bergaul dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada. Mereka menghadapi masalah membaca dan gerakan badan dan mereka yang mengalami Sindrom Asperger menghadapi masalah menentukan jarak. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain.

Apakah ADHD - Kanak-Kanak Istimewa?
Kanak-kanak ADHD selalunya gemar bertindak sebelum berfikir, sukar menumpukan perhatian apabila melakukan sesuatu tugas atau apabila namanya dipanggil.

Menjadi lumrah apabila kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Bagi kanak-kanak ADHD, perangai mereka mereka agak luar biasa nakal daripada kanak-kanak yang lain terutama apabila dia berminat pada sesuatu perkara.


Kanak-Kanak Istimewa - Attention Difficulties AD
Simptom ketara bagi ADD yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting seperti di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.


Kanak-Kanak Istimewa - Hiperaktif

Simptom hiperaktif dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan pada usia 6 tahun simptom hiperaktif jelas kelihatan.

Simptom bagi hiperaktif adalah seperti:

* tidak dapat duduk diam
* Suka berada dalam keadaan bergerak (seperti berjalan atau berlari)
* Suka membuat bising dan tidak dapat bermain dengan senyap.
* banyak bercakap
* Suka melakukan sesuatu mengikut gerak hati

Terdapat banyak simptom diatas yang terdapat pada kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak Hiperaktif, simptom tersebut kerap berlaku. Ia dipamerkan dalam pelbagai keadaan walaupun di rumah atau di sekolah atau di mana sahaja dia lawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak tersebut menyebabkan pencapaian akademik kanak-kanak tersebut di sekolah tidak cemerlang. Kesan jangka masa panjang kanak-kanak Hiperaktif adalah gangguan dalam mendapat kecemerlangan pencapaian akademik,pekerjaan dan perkembangan sosial.

Sumber dari :
http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herbal_Kanak-kanal_Istimewa.html

No comments:

Post a Comment