Saturday 23 July 2011

BULAN PERTAMA

Assalamu'alaikum.. bulan pertama mengajar.. memg pening2 lalat jg la...nk faham perangai budak..pk cara kawl budak...memg agak penat..tp lame2 aku suka...enjoy jer.. emm ade lawatan dari IPG tawau pada 21hb12011 (Jumaat). nie laporan laporan yg aku da bt lepas lawatan tu.:

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PISMP , IPG TAWAU
Pada      : 21 JANUARI 2011
Hari        : Jumaat
Seramai 20 orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Cik Latifah bt. Monnas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kelas Prasekolah Integrasi SK. Bandar Tawau II. Rombongan lawatan tiba di SK. Bandar Tawau II tepat jam 8.00 pagi dengan menaiki bas Institut Perguruan Tawau. Rombongan disambut oleh Pn. Ngatmi selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas bersama-sama Encik Azman Koong selaku guru bimbingan dan kaunseling dan Cik Norasifah bt. Mat Kosim.

Seterusnya rombongan dibawa ke perpustakaan sekolah untuk mendengar sesi taklimat mengenai pendidikan khas Prasekolah Integrasi. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh En. Rozailee b. Ruslan yang merupakan salah seorang guru daripada kelas pendidikan khas di SK. Bandar Tawau II. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abu Bakar b. Hj. Tahasan. Sesi taklimat bermula pada jam 8.30-9.00 pagi sejurus selepas ucapan guru besar yang disampaikan oleh Cik Norasifah bt. Mat Kosim selaku guru kelas Prasekolah Integrasi. Pengisian taklimat (Rujuk Lampiran) telah berlangsung selama setengah jam.
               
Seterusnya rombongan dibawa masuk ke kelas Prasekolah Integrasi. Ahli rombongan telah mengadakan aktiviti bersama murid sehingga jam 10.30 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
a)      Bermain doh tepung
b)      Mengenal bentuk segitiga,segiempat sama,segiempat tepat dan bulat (puzzle).
c)       Mengenal warna merah,biru,kuning , hijau dan oren (puzzle).
d)      Mengenal haiwan (puzzle).

Rombongan juga dibawa melawat ke kelas pendidikan khas untuk melihat keadaan kelas dan menambahkan ilmu mengenai pendidikan khas.

Majlis penutupan lawatan dimulai dengan bacaan doa oleh wakil rombongan. Seterusnya ucapan daripada Cik Latifah bt. Monnas, pensyarah Kursus (PRA 3109) Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Beliau juga mengharapkan lawatan sebegini akan diadakan lagi pada masa depan. Sebagai tanda penghargaan kepada pihak Prasekolah Integrasi penyampaian cenderahati kepada guru dan murid Prasekolah Integrasi iaitu Ahmad Selamat b. Amidul, Muhammad Aiman b. Herlan dan Amani Syazana bt. Abdillah oleh Cik Latifah bt. Monnas. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil rombongan yang disampaikan oleh Pn. Ngatmi bt. Senin.
                Hasil daripada lawatan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), IPG Tawau, murid boleh bersosialisasi dengan orang lain tanpa sebarang masalah. Guru dapat berkongsi ilmu dengan pelajar dan menunjukkan cara mengawal murid-murid istimewa di dalam kelas.







No comments:

Post a Comment