Wednesday 27 July 2011

AHLI BERTAMBAH

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, pada pertengahan bulan Februari Ana telah membuat Ujian Penilaian untuk penempatan murid Prasekolah Integrasi. Pertama kali Ana membuat ujian itu terhadap kanak-kanak tersebut. tiada pengalaman melihat dan membuat ujian seperti itu sebelum ini. Maklumlah semasa praktikal, Ana mengajar di kelas prasekolah perdana sebab memang opsyen major Ana adalah Pend. Awal Kanak-kanak. Jadi inilah pertama kali Ana berhadapan dengan murid istimewa di sekolah, melalui sendiri cara menguji kanak-kanak istimewa.. satu Rahsia yg boleh Ana kongsikan, bagaimana Ana boleh tau cara bt Ujian itu ialah Ana mempunyai adik istimewa. Kesempatan berjumpa dengan doktor, dan melihat cara doktor bertanya emak, Ana aplikasikan kepada kanak yang Ana Uji tersebut. Lawatan daripada jururawat ke rumah semasa adik baru berusia 4 tahun, telah memberi Ana pengalaman bagaimana cara mengetahui perkembangan kanak istimewa (ujian itu la)...
Alhamdulillah Awal April, Faizul Hafiz telah diterima masuk di kelas Ana. Seorang murid yg diawal persekolah, suka menangis apabila Ibunya mahu keluar kelas. Senang cakap tidak boleh berpisah dengan ibunya di awal sesi persekolahannya. tetapi belum pun sampai sebulan, Hafiz sudah boleh terima hakikat bahawa dia ke sekolah untuk belajar dan ibunya menunggunya di luar kelas sahaja. tidak meninggalkannya.
                                                            Faizul Hafiz b. Abdul Basri
Di awal Mei pula Azrin melaporkan diri ke sekolah.. seorang murid sindrom down. agak pandai jika diajar cuma bermasalah pertuturan. suka bermain tetapi akan pergi ke ruang pembelajaran bila di arah.  Azrin suka masuk dalam rak-rak di dalam kelas.kekadang susah juga Ana mau suruh dia keluar... Sabar je layan anak-anak nie...

                                                             Muhamad Azrin b. Roslin
Kini murid Ana sudah seramai 5 orang. Kesabaran yg tinggi perlu ada dlm menghadapi kerenah mereka.. INsyaAllah, Allah sentiasa bersama org2 yg sabar. إن الله مع الصبرين

NASYID KANAK-KANAK


dengarlah nasyid yg best nie...
Anak murid sy da bole bunyikan suara haiwan bile 2 3 kali dengar nasyid nie..

MASALAH PEMBELAJARAN

EPILEPSI
DEFINISI

Satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak.

BAGAIMANA EPILEPSI TERBENTUK?
Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf).
Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui aktiviti elektrik.
Aktiviti elektrik yang kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi kesemua tindakan dan pemikiran.
Jika neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang serius.

JENIS EPILEPSI
1. Sawan menyeluruh
Sawan menyeluruh disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak.

Terbahagi kepada:
a) Sawan   tonik-klonik (grand-mal).
pesakit tidak sedarkan diri dan jatuh, badan menjadi kaku dan menggeletar atau menyentak.

Air liur pesakit mungkin meleleh keluar atau pernafasannya menjadi kuat.
Pesakit mungkin terasa letih selepas mengalami sawan dan memerlukan rehat sebelum melakukan aktiviti seperti biasa.

b) Sawan absens (petit-mal).
Keadaan pengsan hanya berterusan selama beberapa ketika.
Mata anak kelihatan memandang kosong.
Anak tidak mendengar atau melihat apa-apa.
Anak seakan-akan termenung buat beberapa ketika dan tidak sedar.
c) Sawan Myoklonik
berlaku sentakan ringkas pada
bahagian tangan, kaki atau bahagian
atas badan.
Ia sama seperti terjahan atau sentakan
secara tiba-tiba pada kaki, yang
dialami kebanyakan orang ketika
hampir terlelap tidur.
2. Sawan separa
Sawan separa ringkas
Masih sedarkan diri.
Sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.
Pesakit mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata dan keadaan mental dan emosi yang ganjil.

b) Sawan separa kompleks
gangguan elektrik terjadi di sebahagian otak sahaja
Perlakuan pesakit mungkin menjadi automatik, selalu disalah anggap sebagai masalah emosi atau mental.
Pesakit mungkin akan berlari dalam satu bulatan, terasa pening dan keliru

SEBAB-SEBAB DAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA EPILEPSI
SEBAB-SEBAB


Janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan.
Trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan bekalan oksigen ke otak.
Tumor otak dan angin ahmar (strok).
Kecederaan kepala yang teruk.
Saluran darah ke otak menjadi sempit.
Penyakit berjangkit, contohnya Meningitis atau Ensefalitis Bakteria (keradangan otak).
Keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum.

FAKTOR
Kekurangan tidur
Tekanan
Perjalanan haid yang tidak menentu
Pengambilan alkohol
Jangkitan kuman
Pengambilan ubat-ubatan tertentu dengan tiba-tiba

Panduan yang perlu diikuti semasa memberi pertolongan

- Jangan panik dan cuba pegang mangsa semasa dia rebah atau jatuh
- Baringkan perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan pada kepalanya.
- Ibu bapa atau orang di sekeliling perlu bersikap tenang
- Seterusnya, alihkan benda-benda yang keras dan tajam yang boleh mencederakannya.
- Selepas sawan reda, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan dan longgarkan pakaian yang ketat.

Rawatan

Diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit.
Pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal.
Ubat anti-epileptik.
Pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat-ubatan yang lain.
Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan.
Diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohidrat.

Sumber : kajian Ilmiah saya dan kawan2 UPSI sem 5/08

MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

AUTISME
DEFINISI
Berasal daripada perkataan Yunani :
-‘autos’ -diri sendiri
- ‘isme’- aliran
Autisme- keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

JENIS-JENIS AUTISME
Autisme Awal Bayi
Hadir semasa kelahiran

Autisme Regresif
Bermula ketika berusia 18 bulan

CIRI-CIRI
Ketidakupayaan dalam komunikasi- menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Pada peringkat bayi- tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.
Pada peringkat awal kanak-kanak mereka akan mengasingkan diri dan menunjukkan reaksi agresif apabila dipegang, disentuh atau dipeluk.
Tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan jika berasa sakit ataupun
sedih- jarang ada ekspresi perasaan dalam pertuturan.
Suka berseorangan dan tidak suka menjalin hubungan dengan orang lain
Mempuanyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’ iaitu suka mengulangi percakapan orang lain.
Sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, menggigit kuku dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA
1.Genetik
Kajian anak kembar ‘Twin Studies’ yang dilakukan oleh para saintis menunjukkan 90% daripada kes autistik yang dilaporkan berpuca daripada faktor genetik.
Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terdapat dalam kecelaruan autistik mungkin terletak pada kromosom 2, 7, 15 dan x.
2.Teratogen
Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan ibunya.
Memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan.
Diantaranya adalah:
- Thalidomide
- Asid Valproik
- Misoprostol
- Jangkitan Rubella pada ibu
Intervensi Terapi Perilaku dengan Kaedah ABA (Applied Bahaviour Analysis
Melatih anak berkemampuan bahasa, sosial, akademik, sosial dan pengurusan kendiri.
Intervensi Bioperubatan
Menuntut kanak-kanak untuk mengamalkan diet tertentu.
* Sumber : kajian ilmiah saya dan kawan2 di UPSI..

Tuesday 26 July 2011

Attention Deficit Disorder (ADD)

(ADD)
ADD (attention deficit disorder) and ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)
Attention deficit disorder (ADD) dan Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merujuk kepada satu permasalahan yang sama. Ia termasuk gerak hati, keresahan dan hyperaktiviti serta tidak memberi sepenuhnya perhatian terhadap pembelajaran, tidak mendengar arahan dan nasihat. Kanak-kanak ini juga sering mengganggu pembelajaran kanak-kanak lain yang ingin belajar. Attention deficit disorder (ADD) kadangkala merujuk sebagai gangguan hyperkinetik.


Simptom Attention deficit disorder (ADD)
Attention deficit disorder (ADD) :

Simptom ketara yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting seperti di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.

Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :

- Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)

- Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)

- Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

- Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.

- Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.

- Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.

- Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.

- Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.

- Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.







Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah simptom ini ialah seperti di bawah:
Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :

- Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.

- Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.

- Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.

- Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.

- Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.

- Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.


Lain-lain masalah Attention deficit disorder (ADD)
Attention deficit disorder (ADD) sering berlaku seiring dengan masalah-masalah yang lain. Kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku seperti membuat perangai, gangguan ketika tidur. Masalah-masalah tingkah laku yang lain yang berlaku dengan gangguan defisit perhatian (ADD) termasuk:

- menunjukkan kelakuan memberontak, yang kebanyakkannya berlaku pada kanak-kanak (suka bertengkar, menyakiti orang lain).

- Terdapat 25 peratus kanak-kanak melakukan kesalahan seperti menunjukkan sikap tidak baik. Sebagai contoh melakukan kesalahan mencuri, melanggar peraturan dan berbohong.

- Kesukaran dalam pembelajaran tertentu - termasuklah disleksia yang terdapat dalam 25-30 peratus kanak-kanak.

Gangguan-gangguan kerisauan terdapat dalam 30 peratus kanak-kanak.

Sumber : http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Akupunktur_ADD.html

Kanak-Kanak Istimewa

Rawatan Asperger Kanak-Kanak Istimewa
Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan, tidak pandai bergaul dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada. Mereka menghadapi masalah membaca dan gerakan badan dan mereka yang mengalami Sindrom Asperger menghadapi masalah menentukan jarak. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain.

Apakah ADHD - Kanak-Kanak Istimewa?
Kanak-kanak ADHD selalunya gemar bertindak sebelum berfikir, sukar menumpukan perhatian apabila melakukan sesuatu tugas atau apabila namanya dipanggil.

Menjadi lumrah apabila kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Bagi kanak-kanak ADHD, perangai mereka mereka agak luar biasa nakal daripada kanak-kanak yang lain terutama apabila dia berminat pada sesuatu perkara.


Kanak-Kanak Istimewa - Attention Difficulties AD
Simptom ketara bagi ADD yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting seperti di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.


Kanak-Kanak Istimewa - Hiperaktif

Simptom hiperaktif dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan pada usia 6 tahun simptom hiperaktif jelas kelihatan.

Simptom bagi hiperaktif adalah seperti:

* tidak dapat duduk diam
* Suka berada dalam keadaan bergerak (seperti berjalan atau berlari)
* Suka membuat bising dan tidak dapat bermain dengan senyap.
* banyak bercakap
* Suka melakukan sesuatu mengikut gerak hati

Terdapat banyak simptom diatas yang terdapat pada kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak Hiperaktif, simptom tersebut kerap berlaku. Ia dipamerkan dalam pelbagai keadaan walaupun di rumah atau di sekolah atau di mana sahaja dia lawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak tersebut menyebabkan pencapaian akademik kanak-kanak tersebut di sekolah tidak cemerlang. Kesan jangka masa panjang kanak-kanak Hiperaktif adalah gangguan dalam mendapat kecemerlangan pencapaian akademik,pekerjaan dan perkembangan sosial.

Sumber dari :
http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herbal_Kanak-kanal_Istimewa.html

Sunday 24 July 2011

مموري ترإنده

Saturday 23 July 2011

BULAN PERTAMA

Assalamu'alaikum.. bulan pertama mengajar.. memg pening2 lalat jg la...nk faham perangai budak..pk cara kawl budak...memg agak penat..tp lame2 aku suka...enjoy jer.. emm ade lawatan dari IPG tawau pada 21hb12011 (Jumaat). nie laporan laporan yg aku da bt lepas lawatan tu.:

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PISMP , IPG TAWAU
Pada      : 21 JANUARI 2011
Hari        : Jumaat
Seramai 20 orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Cik Latifah bt. Monnas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kelas Prasekolah Integrasi SK. Bandar Tawau II. Rombongan lawatan tiba di SK. Bandar Tawau II tepat jam 8.00 pagi dengan menaiki bas Institut Perguruan Tawau. Rombongan disambut oleh Pn. Ngatmi selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas bersama-sama Encik Azman Koong selaku guru bimbingan dan kaunseling dan Cik Norasifah bt. Mat Kosim.

Seterusnya rombongan dibawa ke perpustakaan sekolah untuk mendengar sesi taklimat mengenai pendidikan khas Prasekolah Integrasi. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh En. Rozailee b. Ruslan yang merupakan salah seorang guru daripada kelas pendidikan khas di SK. Bandar Tawau II. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abu Bakar b. Hj. Tahasan. Sesi taklimat bermula pada jam 8.30-9.00 pagi sejurus selepas ucapan guru besar yang disampaikan oleh Cik Norasifah bt. Mat Kosim selaku guru kelas Prasekolah Integrasi. Pengisian taklimat (Rujuk Lampiran) telah berlangsung selama setengah jam.
               
Seterusnya rombongan dibawa masuk ke kelas Prasekolah Integrasi. Ahli rombongan telah mengadakan aktiviti bersama murid sehingga jam 10.30 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
a)      Bermain doh tepung
b)      Mengenal bentuk segitiga,segiempat sama,segiempat tepat dan bulat (puzzle).
c)       Mengenal warna merah,biru,kuning , hijau dan oren (puzzle).
d)      Mengenal haiwan (puzzle).

Rombongan juga dibawa melawat ke kelas pendidikan khas untuk melihat keadaan kelas dan menambahkan ilmu mengenai pendidikan khas.

Majlis penutupan lawatan dimulai dengan bacaan doa oleh wakil rombongan. Seterusnya ucapan daripada Cik Latifah bt. Monnas, pensyarah Kursus (PRA 3109) Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Beliau juga mengharapkan lawatan sebegini akan diadakan lagi pada masa depan. Sebagai tanda penghargaan kepada pihak Prasekolah Integrasi penyampaian cenderahati kepada guru dan murid Prasekolah Integrasi iaitu Ahmad Selamat b. Amidul, Muhammad Aiman b. Herlan dan Amani Syazana bt. Abdillah oleh Cik Latifah bt. Monnas. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil rombongan yang disampaikan oleh Pn. Ngatmi bt. Senin.
                Hasil daripada lawatan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), IPG Tawau, murid boleh bersosialisasi dengan orang lain tanpa sebarang masalah. Guru dapat berkongsi ilmu dengan pelajar dan menunjukkan cara mengawal murid-murid istimewa di dalam kelas.







PERMULAAN HIDUP

Assalamu'alaikum.. permulaan hidup bergelar seorg guru merupakan satu cabaran bt diriku.. bermula dengan mendaratnya kapal terbang MAS di lapangan terbang Tawau pada 25hb 11 2010. Aku melangkah dengan penuh debar kerana tiada siapa yg aku kenali di bumi sabah ini.. mujur sepanjang perjalanan dari lapangan terbang KLIA aku mengenali kak masliani yg merupakan anak jati Tawau.. jadi dari gambaran yg dia berikan pd ku tentg Tawau...aku boleh menarik nafas lega kerana Bumi Tawau majoriti org Islam..xseperti K.Kinabalu.. bersyukur kehadrat Ilahi krn memakbulkan doaku.
pelik tapi benar.. aku dikehendaki dtg ke sekolah setiap hari walaupun 22hb11-31hb12 2010 merupakan cuti persekolahan. terima arahan dengan lapang dada.. thanks bt kerani yg menyambut kehadiranku.. kenalkan aku dgn PPMku kak ieta.. bermula dari ctu...aku sellu ke kelas utk mencantikkan kelas yg bakal aku ngadap stiap hari.. dibantu oleh PPM aku berjaya bt perubahan dlm kelas tu.. alhamdulillah...
kini setelah 7buln aku mengajar..bnyk kenangan manis dan pahit telah aku telan..
                                                        Puan Rosita Bt. Abd. Bakil (PPM)


                                                    Amani Syazana bt Abdillah ( Autisme)


                                                    Ahmad Selamat b. Amidul (Sindrom Down)


Muhamad Aiman b. Herlan (Autisme)
aku xpernah mengajar budak istimewa secara formal, ms praktikal pun aku ngajo budak pra perdana..so, satu cabaran yg teramat sgt.. Alhamdulillah dgn kehadiran Nur Kamilah dlm keluarga yg menjadi tempat aku praktis sgl ilmu slma aku belajar di Universiti, telah memudahkan aku memahami  psikologi muridku.. ape yg aku cuba bt adalah TRY n ERROR....