Wednesday, 3 August 2011

LAWATAN DARIPADA JURURAWAT PELATIH

Assalamu'laikum..
pada 27 April 2011 yang lalu, prasekolah integrasi SK. Bandar Tawau II telah menerima lawatan daripada jururawat pelatih kolej kejururawatan masyarakat Tawau. Lawatan sambil belajar ini dipimpim oleh Pn. Halijah adalah untuk memberi pendedahan kepada para jururrawat mengenai murid pend.khas. diawal lawatan mereka telah melawat murid di kelas pend. khas. seterusnya mereka dibawa ke Anjung Firdaus utk mendengar taklimat daripada Cik. Norasifah Mat Kosim  utk memberi pendedahan mengenai murid prasekolah integrasi. seterusnya taklimat disambung oleh guru besar En. Abu Bakar b. Hj. Tahasan yang memberi penerangan mengenai pend.khas secara keseluruhannya.  selepas tamat sesi taklimat, pelatih2 ini di bawa ke kelas prasekolah integrasi untuk melihat dan beramah mesra denga murid prasekolah pula.
semoga lwatan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga pend.khas dengan masyarakat luar dan sekolah khususnya.. amin....
Sebahagian jururawat pelatih yang sedang melihat Ahmad sedang bermain blog kayu

Ahmad dengan aksinya dihadapan jururawat pelatih

Mula2 Aiman pandang jer...

Aiman cari sesuatu...ape yer???

PEMERIKSAAN GIGI

Assalamu'alaikum
Oleh kerana blog ini baru diwujudkan, jadi dikesempatan yg ada, Ana cuba masukkan semula gambar2 aktiviti yang telah dilakukan. Pada 21 Jun 2011 murid-murid pend.khas telah menjalanai pemeriksaan gigi oleh Dr. Lau May dari klinik pergigian Tawau. Murid prasekolah juga terlibat dalam pemeriksaan ini walaupun telah diperiksa pada 2minggu sebelumnya di klinik sekolah. emm yang hadir cuma Ahmad Selamat dan Muhamad Azrin. Al-maklumla, murid-murid Ana selalu ketinggalan utk dapt surt aktiviti pend.khas. walaubagaimanapun, murid Ana dpt juga keistimewaan pemeriksaan gigi oleh doktor. hopefully tahun depan, semua murid ana terlibat la.
emm sebelum terlupa, pihak klinik pergigian sekolah juga telah memberi taklimat mengenai kesihatan gigi di prasekolah perdana. dan Ana telah membawa murid Ana utk turut serta dalam taklimat tersebut yang diadakan pada 26 April 2011. tapi xde gambar.. ms tue xterfikir nk ambil gambar..maaf la yer...
di sini ade beberapa gambar semasa Azrin dan Ahmad diperiksa.

Azrin semasa diperiksa giginya


Diam dan tidak menangis...


Ahmad semasa diperiksan giginya


Menangis sehingga tamat sesi pemeriksaan giginya....adushhhh

Monday, 1 August 2011

PENONTON SAHAJA

Assalamu'alaikum..
pada 28hb Julai 2011 yg lalu, Ana telah membawa anak murid ana ke kelas Pend. Khas untuk menjadi penonton sempena hari sukaneka pend.khas tahun 2011 yang telah berjaya dilaksanakan. Ana ada juga menjemput ibu bapa kepada murid Ana untuk hadir pada hari tersebut. Tujuan lawatan sambil belajar ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid dan Ibu bapa mengenai sukaneka pend.khas. secara tidak langsung dapat memberi gambaran awal kepada ibubapa bahawa, satu hari nanti, PASTI anak mereka juga boleh bermain seperti murid lain dalam kumpulan, mengikut arahan, gembira dan mempunyai semangat kesukanan. walaupun diperingkat prasekolah, murid ana tidak terlibat dalm sukaneka ini, namun, dengan adanya program lawatan sempena hari sukaneka pend.khas ini dapat memberi satu pengalaman baru kepada murid, guru dan ibubapa. juga hadir pada hari tersebut ialah murid prasekolah aliran perdana, Ana jemput mereka untuk sertai program Ana. di sini saya kongsukan beberapa gambar semasa lawatan dilakukan.

Murid bersama ibu masing-masing menuju ke kelas pend.khas

Aiman dan ibunya

Hafiz dan ibunya

                                                            
Ahamad dan ibunya

Murid pend.khas sedang

Aiman sedang melihat murid lain bermain

baru sampai destinasi

Hafiz senyum lihat murid lain bermain

Pandai juga Aiman pandang kamera

Ahmad tengah main sepak bola dengan murid pend.khas

Bawa bola pingpong dalam sudu

Pandai juga hafiz tepuk tangan tanda kemenangan

Aiman dan Ahmad pun bole jadi penyokong sukan yang baik

Murid Prasekolah perdana yang hadir memeriahkan

Murid Prasekolah perdana yang hadir memeriahkan

Pakai kasut sendiri

Wednesday, 27 July 2011

AHLI BERTAMBAH

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, pada pertengahan bulan Februari Ana telah membuat Ujian Penilaian untuk penempatan murid Prasekolah Integrasi. Pertama kali Ana membuat ujian itu terhadap kanak-kanak tersebut. tiada pengalaman melihat dan membuat ujian seperti itu sebelum ini. Maklumlah semasa praktikal, Ana mengajar di kelas prasekolah perdana sebab memang opsyen major Ana adalah Pend. Awal Kanak-kanak. Jadi inilah pertama kali Ana berhadapan dengan murid istimewa di sekolah, melalui sendiri cara menguji kanak-kanak istimewa.. satu Rahsia yg boleh Ana kongsikan, bagaimana Ana boleh tau cara bt Ujian itu ialah Ana mempunyai adik istimewa. Kesempatan berjumpa dengan doktor, dan melihat cara doktor bertanya emak, Ana aplikasikan kepada kanak yang Ana Uji tersebut. Lawatan daripada jururawat ke rumah semasa adik baru berusia 4 tahun, telah memberi Ana pengalaman bagaimana cara mengetahui perkembangan kanak istimewa (ujian itu la)...
Alhamdulillah Awal April, Faizul Hafiz telah diterima masuk di kelas Ana. Seorang murid yg diawal persekolah, suka menangis apabila Ibunya mahu keluar kelas. Senang cakap tidak boleh berpisah dengan ibunya di awal sesi persekolahannya. tetapi belum pun sampai sebulan, Hafiz sudah boleh terima hakikat bahawa dia ke sekolah untuk belajar dan ibunya menunggunya di luar kelas sahaja. tidak meninggalkannya.
                                                            Faizul Hafiz b. Abdul Basri
Di awal Mei pula Azrin melaporkan diri ke sekolah.. seorang murid sindrom down. agak pandai jika diajar cuma bermasalah pertuturan. suka bermain tetapi akan pergi ke ruang pembelajaran bila di arah.  Azrin suka masuk dalam rak-rak di dalam kelas.kekadang susah juga Ana mau suruh dia keluar... Sabar je layan anak-anak nie...

                                                             Muhamad Azrin b. Roslin
Kini murid Ana sudah seramai 5 orang. Kesabaran yg tinggi perlu ada dlm menghadapi kerenah mereka.. INsyaAllah, Allah sentiasa bersama org2 yg sabar. إن الله مع الصبرين

NASYID KANAK-KANAK


dengarlah nasyid yg best nie...
Anak murid sy da bole bunyikan suara haiwan bile 2 3 kali dengar nasyid nie..

MASALAH PEMBELAJARAN

EPILEPSI
DEFINISI

Satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak.

BAGAIMANA EPILEPSI TERBENTUK?
Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf).
Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui aktiviti elektrik.
Aktiviti elektrik yang kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi kesemua tindakan dan pemikiran.
Jika neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang serius.

JENIS EPILEPSI
1. Sawan menyeluruh
Sawan menyeluruh disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak.

Terbahagi kepada:
a) Sawan   tonik-klonik (grand-mal).
pesakit tidak sedarkan diri dan jatuh, badan menjadi kaku dan menggeletar atau menyentak.

Air liur pesakit mungkin meleleh keluar atau pernafasannya menjadi kuat.
Pesakit mungkin terasa letih selepas mengalami sawan dan memerlukan rehat sebelum melakukan aktiviti seperti biasa.

b) Sawan absens (petit-mal).
Keadaan pengsan hanya berterusan selama beberapa ketika.
Mata anak kelihatan memandang kosong.
Anak tidak mendengar atau melihat apa-apa.
Anak seakan-akan termenung buat beberapa ketika dan tidak sedar.
c) Sawan Myoklonik
berlaku sentakan ringkas pada
bahagian tangan, kaki atau bahagian
atas badan.
Ia sama seperti terjahan atau sentakan
secara tiba-tiba pada kaki, yang
dialami kebanyakan orang ketika
hampir terlelap tidur.
2. Sawan separa
Sawan separa ringkas
Masih sedarkan diri.
Sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.
Pesakit mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata dan keadaan mental dan emosi yang ganjil.

b) Sawan separa kompleks
gangguan elektrik terjadi di sebahagian otak sahaja
Perlakuan pesakit mungkin menjadi automatik, selalu disalah anggap sebagai masalah emosi atau mental.
Pesakit mungkin akan berlari dalam satu bulatan, terasa pening dan keliru

SEBAB-SEBAB DAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA EPILEPSI
SEBAB-SEBAB


Janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan.
Trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan bekalan oksigen ke otak.
Tumor otak dan angin ahmar (strok).
Kecederaan kepala yang teruk.
Saluran darah ke otak menjadi sempit.
Penyakit berjangkit, contohnya Meningitis atau Ensefalitis Bakteria (keradangan otak).
Keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum.

FAKTOR
Kekurangan tidur
Tekanan
Perjalanan haid yang tidak menentu
Pengambilan alkohol
Jangkitan kuman
Pengambilan ubat-ubatan tertentu dengan tiba-tiba

Panduan yang perlu diikuti semasa memberi pertolongan

- Jangan panik dan cuba pegang mangsa semasa dia rebah atau jatuh
- Baringkan perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan pada kepalanya.
- Ibu bapa atau orang di sekeliling perlu bersikap tenang
- Seterusnya, alihkan benda-benda yang keras dan tajam yang boleh mencederakannya.
- Selepas sawan reda, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan dan longgarkan pakaian yang ketat.

Rawatan

Diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit.
Pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal.
Ubat anti-epileptik.
Pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat-ubatan yang lain.
Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan.
Diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohidrat.

Sumber : kajian Ilmiah saya dan kawan2 UPSI sem 5/08

MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

AUTISME
DEFINISI
Berasal daripada perkataan Yunani :
-‘autos’ -diri sendiri
- ‘isme’- aliran
Autisme- keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

JENIS-JENIS AUTISME
Autisme Awal Bayi
Hadir semasa kelahiran

Autisme Regresif
Bermula ketika berusia 18 bulan

CIRI-CIRI
Ketidakupayaan dalam komunikasi- menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Pada peringkat bayi- tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.
Pada peringkat awal kanak-kanak mereka akan mengasingkan diri dan menunjukkan reaksi agresif apabila dipegang, disentuh atau dipeluk.
Tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan jika berasa sakit ataupun
sedih- jarang ada ekspresi perasaan dalam pertuturan.
Suka berseorangan dan tidak suka menjalin hubungan dengan orang lain
Mempuanyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’ iaitu suka mengulangi percakapan orang lain.
Sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, menggigit kuku dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA
1.Genetik
Kajian anak kembar ‘Twin Studies’ yang dilakukan oleh para saintis menunjukkan 90% daripada kes autistik yang dilaporkan berpuca daripada faktor genetik.
Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terdapat dalam kecelaruan autistik mungkin terletak pada kromosom 2, 7, 15 dan x.
2.Teratogen
Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan ibunya.
Memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan.
Diantaranya adalah:
- Thalidomide
- Asid Valproik
- Misoprostol
- Jangkitan Rubella pada ibu
Intervensi Terapi Perilaku dengan Kaedah ABA (Applied Bahaviour Analysis
Melatih anak berkemampuan bahasa, sosial, akademik, sosial dan pengurusan kendiri.
Intervensi Bioperubatan
Menuntut kanak-kanak untuk mengamalkan diet tertentu.
* Sumber : kajian ilmiah saya dan kawan2 di UPSI..