Oleh kerana blog ini baru diwujudkan, jadi dikesempatan yg ada, Ana cuba masukkan semula gambar2 aktiviti yang telah dilakukan. Pada 21 Jun 2011 murid-murid pend.khas telah menjalanai pemeriksaan gigi oleh Dr. Lau May dari klinik pergigian Tawau. Murid prasekolah juga terlibat dalam pemeriksaan ini walaupun telah diperiksa pada 2minggu sebelumnya di klinik sekolah. emm yang hadir cuma Ahmad Selamat dan Muhamad Azrin. Al-maklumla, murid-murid Ana selalu ketinggalan utk dapt surt aktiviti pend.khas. walaubagaimanapun, murid Ana dpt juga keistimewaan pemeriksaan gigi oleh doktor. hopefully tahun depan, semua murid ana terlibat la.
emm sebelum terlupa, pihak klinik pergigian sekolah juga telah memberi taklimat mengenai kesihatan gigi di prasekolah perdana. dan Ana telah membawa murid Ana utk turut serta dalam taklimat tersebut yang diadakan pada 26 April 2011. tapi xde gambar.. ms tue xterfikir nk ambil gambar..maaf la yer...
di sini ade beberapa gambar semasa Azrin dan Ahmad diperiksa.
Azrin semasa diperiksa giginya
Diam dan tidak menangis...
Ahmad semasa diperiksan giginya
Menangis sehingga tamat sesi pemeriksaan giginya....adushhhh
No comments:
Post a Comment