Bertambah meriah hari mewarna bendera Malaysia dengan penglibatan murid2 prasekolah aliran perdana semasa sesi mengecap tapak tangan pada kiri kanan bendera. projek ini berakhir dengan sesi bergambar. gambar2 di bawah menggambarkan suasana pada hari tersebut.
Wednesday, 24 August 2011
HARI MEWARNA BENDERA MALAYSIA
Assalamu'alaikum, Alhamdulillah akhirnya berjaya juga projek bulan kemerdekaan yg dirancang bersama kaum ibu kepada murid2 Ana. Gembira sangat sebab dapat bt aktiviti bersama ahli keluarga anak2 murid. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2011 yang lalu. turut memeriahkan aktiviti ini adalah dengan kehadiran Guru Besar sekolah; En. Abu Bakar b. Hj. Tahasan merasmikan bendera Malaysia yang telah siap diwarna. Tidak ketinggalan Pen. Kanan Pend.Khas Pn. Ngatmi Senin dan Penyelia petang Pn. Suriyati Muntuk yang turut serta dalam mengecap tangan masing2 pada kiri kanan bendera.
Bertambah meriah hari mewarna bendera Malaysia dengan penglibatan murid2 prasekolah aliran perdana semasa sesi mengecap tapak tangan pada kiri kanan bendera. projek ini berakhir dengan sesi bergambar. gambar2 di bawah menggambarkan suasana pada hari tersebut.
Bertambah meriah hari mewarna bendera Malaysia dengan penglibatan murid2 prasekolah aliran perdana semasa sesi mengecap tapak tangan pada kiri kanan bendera. projek ini berakhir dengan sesi bergambar. gambar2 di bawah menggambarkan suasana pada hari tersebut.
Monday, 22 August 2011
Salam Syawal
Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah dikesempatan ramadhan yg masih bersisa ini Allah masih beri Ana kesempatan untuk mencoret. emm agak lama juga Ana xpost ape2 dlm blog nie.. ade dua aktiviti yg Ana berjaya bt tp lum ada kesempatan nk masukkan dlm nie.. InsyaAllah sebelum raya Ana masukkan.. emm salam satu Syawal buat semua pelawat blog yg baru mula merangkak ini. mohon maaf zahir dan batin.. jemput datang ke teratak Prasekolah Integrasi Tawau... Ahlan wa sahlan...
إلى اللقأ و مع السلامة
إلى اللقأ و مع السلامة
Tuesday, 9 August 2011
PENGURUSAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Assalamu'alaikum.. ingin Ana berkongsi ilmu yang Ana perolehi semasa belajar di Universiti pada tahun 2009 kuliah pengurusan TL nie. Terima kasih buat pensyarah tersayang dengan gelaran manja Pn. Nani atau nama sebenarnya Pn. Nor Hasnizam bt Parman. Ilmu yg dikau curahkan telah bnyk membantu Ana dalam mendidik dan membantu anak2 murid Ana.. Hanya Allah yg mampu membalasnya...
Apakah Tingkah laku?TL = sesuatu yang dilakukan oleh organisma
Apakah Pengurusan Tingkah laku?
Pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial.
Ini bermakna:
— tanpa perubahan TL, pembelajaran tidak berlaku.
— Dlm hal pembelajaran , perubahan TL menjadi kayu ukur bagi menentukan samada organisma telah mempelajari sesuatu yang baru/tidak, samada positif / negatif.
Memahami TL dari aspek psikologi
- Psikologi moden boleh didefinisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
- 4 pembahagian psikologi:
1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik
2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia
3. kajian ke atas proses mental manusia – TL terselindung
Secara keseluruhan, psikologi ialah satu disiplin yang mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia. Bidang psikologi cuba memahami jiwa dan tingkah laku manusia dari beberapa sudut dan perspektif yang berlainan. Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi memahami keadaan “dalaman” ini ialah melalui perspektif psikobiologi.
Kepentingan kefahaman tentang psikologi
— Sesungguhnya, setiap pengetahuan itu ada manfaatnya.
— Dalam bidang ini, ia berupaya memberi kefahaman tentang manusia, sifat-sifat tabii, tingkah laku serta jiwanya.
— Oleh kerana setiap manusia mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang berbeza-beza, memahaminya secara am adalah penting.
5 perspektif dalam Psikologi
• Psikodinamik – Freud, Jung
• Behaviourisme – Ivan Pavlov, Skinner, Watson, Thorndike
• Kognitif – Lewin, Piaget
• Kemanusiaan dan Kewujudan – May, Rogers
• Islam – Ibnu Sina, Malik Badri, Al-Ghazali, Al-Farabi
— TL terbahagi kepada 2 :
— TL Wajar /Positif
— Cth: - sikap ingin tahu,
— - cepat belajar,
— - proaktif
— - pintar cerdas
— TL Tidak Wajar /negatif/divien
— Cth: - Distruktif,
— - Distruptif,
— - sikap bergantung
TL Wajar
Merupakan TL yang baik untuk perkembangan kanak-kanak kerana dengan TL ini;
— kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P.
— Melalui sikap ingin tahu murid, guru dapat membina aktiviti yang melibatkan penerokaan.
— Bila murid cepat belajar, guru boleh memperbanyakkan aktiviti pengayaan.
— Sikap proaktif menyebabkan kanak-kanak suka melibatkan diri pada aktiviti.
— Untuk kanak-kanak pintar cerdas, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
— TL Tidak Wajar
TL yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses P&P.
1. TL Distruktif :
TL yang menunjukkan permusuhan nyata/ menunjukkan TL fizikal ataupun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang.
Contoh : vandalisme, sengaja memotong barisan, suka bergaduh, mengejek
TL Distruptif
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-
ciri:
— Hyperaktif,
— Suka membuat bising
— Agresif,
— Suka bergerak,
— Suka ketawa dengan kuat
— Sering menunjukkan TL agresif kepada rakan-rakan yang lain.
TL Bergantungan
— Kanak-kanak yang sering mengalami
emosi kebimbangan,
— Pergantungan berlebihan
— Mempunyai nilai kendiri yang rendah
— Sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan
— Mempunyai sikap pemalu yang berlebihan
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TL
1. Biologikal - kecelaruan otak yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas juga menjadi faktor kepada
wujudnya masalah tingkah laku.
2. Persekitaran
2.1 Persekitaran rumah – institusi kekeluargaan yang lemah
2.2 Persekitaran sekolah
- kurikulum terlalu padat, terlalu akademikal serta
berfokus kepada peperiksaan
- Fizikal bilik darjah yang padat, panas dan tidak menarik.
- Strategi P&P/cara penyampaian pengajaran yang
membosankan, tidak menarik dan tidak mempunyai
objektif yang jelas.
3. Pengaruh kawan/media
4. Keperluan asas tidak dipenuhi
5. Pengabaian samada oleh ibu bapa dan keluarga, guru,
masyarakat sekeliling
6. Penderaan
— Penderaan fizikal
Cth: dipukul / dicederakan / disakiti dengan pelbagai cara
— Penderaan emosi
Cth: ibu bapa/keluarga/orang disekitarnya gagal memberikan kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya.
Kanak-kanak diejek/dikutuk, diancam, dikritik, tidak diterima oleh keluarga, diasingkan, tidak dipedulikan
Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku
— Apakah kepentingan pengurusan tingkah-laku murid, terutamanya dalam pendidikan khas?
— Mengapakah guru pendidikan harus pelajari teknik untuk mengubah tingkah-laku murid-murid dengan keperluan khas?
— Fikirkan keadaan kelas jika pengurusan tingkah laku tidak berjaya dilaksanakan.
1. Membolehkan pembelajaran yang efektif dan
memperoleh kemahiran hidup untuk berdikari
2. Mengajar tingkah-laku yang diterima oleh masyarakat dan meningkatkan maruah (dignity) murid
3. Mengurangkan beban kepada penjaga (khususnya ibu bapa)
4. Dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya dapat inklusif dalam kegiatan masyarakat yang biasa
Penting sekali;
Objektif pengurusan tingkah-laku yang utama ialah meningkatkan kualiti hidup murid .
— Semasa memikirkan intervensi, guru-guru harus juga fikir;
— Adakah murid diberi peluang untuk memilih hadiah/penggalak sendiri? Adakah penggalak itu biasanya digunakan untuk rakan yang sebaya dengannya juga?
— Bolehkah murid diberi peluang untuk memahami akibat tingkah-lakunya dan kenapa tingkah-lakunya harus diubah?
— Bolehkah murid itu diberi peluang untuk meneliti (monitor) dan memilih tingkah-laku yang sepatutnya?
Teknik Pengurusan Tingkah laku Murid Berkeperluan Khas
1. Amaran Konstruktif
Pertimbangkan prosedur berikut:
- Tarik perhatian murid
- Beritahu TL yang diingini dengan jelas
- Beritahu TL negatif dengan jelas
- Amaran hendaklah ringkas
- Teruskan pengajaran dan puji murid lain
- Puji sebaik TL diingini wujud
- Beri hanya satu amaran sahaja
Hukuman
Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan TL positif/wajar yang membina. Menghukum berkaitan denda yang dilakukan begi mencegah TL yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan.
Contoh-contoh hukuman yang biasa dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa, kawalan yang mudah, teguran, respon punitif (penggunaan ancaman lisan), amaran, pembetulan, penggantian, ‘time-out’ dan boleh juga dirujuk kepada guru besar/pengetua.
— Model Pengurusan TL oleh Lee Canter (1976) iaitu model ‘Disiplin Tegas’ (‘assertive dicipline model’) juga merupakan salah satu teknik hukuman.
— Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah dinyatakan, peraturan BD dibentuk oleh guru dan diamalkan didalam BD.
— Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid diberitahu peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan TL yang tidak diingini.
— Isu yang timbul:
Pendekatan ini mengawal TL murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka belajar menyesuaikan diri pada situasi yang lain.
Sistem pengurusan TL yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sisitem ini mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.
Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan menuntut serta-merta contohnya untuk mengelakkan kecederaan atau kecemasan seperti kebakaran.
— Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Malah ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan TL yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
— Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya TL mengganggu.
Menurut Maurice Balson (1992);
‘At the heart of a disciplinary problem in the classroom is an educational failure by the school’
- Pengajaran dan Pembelajaran BD yang tidak berkesan menjadi penyebab masalah disiplin. Murid hilang minat/bosan dan akan bertukar menjadi TL bermasalah.
Mempraktikan strategi disiplin yang sesuai.
1. Mesra dan mudah didekati
2. Uruskan TL yang spesifik dan terkini
3. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang TLnya
4. Buat perancangan perubahan TL
5. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya
6. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya
7. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif
KAEDAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Apakah peneguhan TL secara ‘differential’?
Ø Mengaplikasi peneguhan dan penghapusan (‘extinction’) bagi meningkatkan TL sasaran yang diingini/ bagi mengurangkan berlakunya TL yang tidak diingini.
1. Differential Reinforcement of Other Behaviors (DRO)
— peneguh itu merupakan kontingensi bagi hilangnya TL bermasalah (Reynolds, 1961 dalam Miltenberger, 2001).
— Ini bermaksud – peneguh itu tidak lagi diberikan selepas TL bermasalah (penghapusan/extinction) tetapi peneguh itu diberikan selepas satu sela masa (interval) di mana masalah TL tidak berlaku (Miltenberger, 2001).
2. Differential Reinforcement of Alternative Behaviors (DRA)
— Merupakan satu prosedur TL yang digunakan untuk meningkatkan kekerapan sesuatu TL yang diingini dan bagi mengurangkan kekerapan TL yang tidak diingini. TL yang diingini dikukuhkan setiap kali ia berlaku.
3. Differential Reinforcement of Incompatible Behaviors (DRI)
DRI adalah di mana TL alternatif itu secara fizikalnya tidak bersesuaian dengan TL bermasalah. Oleh itu kedua-dua TL tersebut tidak boleh berlaku pada masa yang sama.
DRI ini melibatkan kita meneguhkan satu TL yang tidak bersesuaian secara fizikalnya dengan TL sasaran. Cth:
1.
— ) DRI boleh digunakan bagi meneguhkan TL bermain anak patung dengan bersesuaian bagi seorang kanak-kanak yang mengalami autisme yang menggoyang-goyangkan tangannya berulang kali. Kanak-kanak itu tidak boleh menggoyang-goyangkan tangannya dan bermain anak patung pada masa yang sama. Oleh itu, TLnya yang suka menggoyang-goyangkan tangannya berulang kali dikurangkan dengan cara meningkatkan TL bermain anak patung.
4. Differential Reinforcement of Lower Rates of Behaviors (DRL)
DRL ialah prosedur peneguhan TL di mana kita meneguhkan TL klien/individu hanya selepas TL sasaran terjadi pada kadar yang rendah seperti yang telah kita tentukan sebelumnya.
Bila hendak gunakan DRL?
DRL digunakan bagi TL yang tidak perlu dikurangkan dengan segera/dihapuskan langsung (cth; kerap meminta tolong) atau TL yang merupakan tabiat yang kukuh (spt; stimulasi kendiri, menggigit-gigit gigi). Kita akan meneguhkan secara progresif kadar rendah TL tidak diingini yang ditunjukkan oleh seseorang murid.
Contoh kes;
Cikgu Bani ingin mengurangkan TL Jenny yang suka menggigit-gigit giginya yang tidaklah perlu dikurangkan dengan kadar segera maka beliau boleh memberi peneguhan kepada Jenny jika dia tidak melakukannya lebih daripada 4 kali dalam masa yang ditentukan. Apabila Jenny berjaya pada peringkat tersebut, peneguhan itu hanya akan diberikan jika ia berkurangan menjadi 3 kali dalam masa yang ditetapkan itu. Kriteria ini akan dikurangkan sehingga TL Jenny menurun ke tahap yang boleh diterima.
Dengan membenarkan kanak-kanak mengubah TL yang menjadi tabiatnya secara perlahan-lahan dan bukannya dengan kadar segera, kaedah DRL ini membantu kejayaan kanak-kanak bergerak maju sampai ke tahap yang disasarkan. Namun, DRL tidak sesuai jika TL itu berbahaya/boleh berjangkit pada orang lain.
5.Differential Reinforcement of Higher Rates of Behaviors (DRH)
DRH ialah prosedur peneguhan TL di mana kita meneguhkan TL klien/individu hanya selepas TL bersesuaian terjadi pada kadar yang tinggi seperti yang telah ditentukan sebelumnya.
Cthnya:
Cikgu Fairus ingin Hisham melibatkan dirinya lebih banyak dalam aktiviti kelas semasa beliau mengajar Bahasa Melayu. Hisham memang suka berdiam diri semasa kelas Bahasa Melayu. Cikgu Fairus dengan menggunakan DRH boleh memberitahu Hisham jika dia melibatkan diri sebanyak 3 kali dalam kelas maka dia boleh menggunakan komputer selama 10 minit. Bila Hisham melibatkan diri secara konsisten maka cikgu akan meningkatkan kadar TL yang diingini sehingga bertambah dari masa kesemasa spt menjadi 5 kali, 7 kali dan seterusnya.
6. Extinction (Penghapusan)
- Merupakan prosedur lain bagi menghapuskan TL yang tidak diingini.
- Biasanya ia mengambil masa lebih lama berbanding dengan menggunakan hukuman tetapi ia kurang mendatangkan kesan sampingan.
Bagaimana melaksanakan penghapusan dgn. Berkesan?
1. Elak daripada sekali sekala memberi ganjaran terhadap TL sasaran. Kita mesti sabar dan tabah semasa melaksanakan prosedur penghapusan walaupun adakalanya kita tidak sampai hati/tidak tahan lagi dengan TL tersebut.
Kaedah lain dalam menguruskan TL murid:
1. I-Mesej -
merupakan ekspresi perasaan. Tegur murid secara terus sekiranya dia sedang melakukan TL yang tidak diingini.
2.Kesan Berlogik-
penalti dikenakan apabila murid telah melakukan sesuatu TL.
3. Pujian Pelajar Contoh-
memuji murid lain yang berjaya menyiapkan tugasan.
4. Susunan bilik darjah yang menarik.
5. Jadual Premack –
guru memberhentikan seketika P&P yang bersifat formal dan membuat aktiviti seperti bermain, senaman ringan dengan iringan muzik dll.
Untuk menguruskan TL murid, kita perlu faham dan memenangi hati mereka terlebih dahulu.
Nak memenangi hati murid kitaperlu – Ilmu, keberanian, keikhlasan.
Tanya pada diri;
Adakah kita mempunyai 3 faktor di atas?
“BEKERJALAH KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH”
SEKIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)